SEGERA

Ada masalah folder menjadi shotcut, dapatkan Virus Shortcut Remover V3 (klik DI SINI)

Dapatkan modul-modul berkaitan - klik pada menu 'MUAT TURUN'

Maklumat terkini Matematik & Sains Semakan - klik pada menu 'DSK/DSKP/KSSR'


Wednesday, February 18, 2015

BENGKEL KERJA PEMURNIAN BAHAN PROGRAM GEMPUR LULUS MATEMATIK DAN SAINS SEKOLAH RENDAH

Tarikh   : 24 Februari 2015
Masa     : 08.00 pagi - 05.00 petang
Tempat : SK Taman Intan
               08000 Sungai Petani, Kedah

Sunday, February 8, 2015

PROTIM 2015 (PRA/PASCA)

Pengurusan ProTiM

Jawatankuasa pelaksanaan ProTiM perlu ditubuhkan di peringkat sekolah.

Penasihat  : Guru Besar
Pengerusi  : Penolong Kanan Kurikulum
Setiausaha : Ketua Panitia Matematik
Ahli           : Semua guru matematik
Guru pemulihan

Fail yang berkaitan perlu diwujudkan dan dikemaskini.

Penentuan Murid
1.   Pengenalpastian murid Tahun 4 yang terlibat dalam program ini berdasarkan :

·    Murid yang belum menguasai kemahiran Numerasi walaupun telah mengikuti  program LINUS selama 3 Tahun.

·     Murid yang baru melepasi ujian saringan terakhir Tahun 3 dan memasuki kelas aliran perdana.

·   Cadangan guru. Guru diminta menyenaraikan murid yang dikenal pasti belum menguasai kemahiran mengira berdasarkan pemerhatian di dalam kelas,  laporan guru mata pelajaran matematik sebelumnya serta pencapaian murid berkenaan dalam ujian dan peperiksaan penggal.

2.  Murid yang dikenal pasti akan menduduki Ujian PraProTiM. Ujian ini diadakan untuk    mengesahkan tahap penguasaan mengira murid berkenaan.

3.    Murid yang mendapat kurang daripada 8 markah pada mana-mana bahagian ujian  PraProTiM perlu mengikuti PROTIM.

Guru
Guru yang menjalankan program ini ialah guru Matematik yang terpilih dan dibantu oleh guru pemulihan.

Pelaksanaan
·  Jangka masa program adalah mulai bulan April hingga Ogos 2015 (Rujuk cadangan carta aliran ProTiM).

·     Secara prinsip, ProTiM dijalankan pada waktu Matematik. Walau bagaimanapun, sekolah digalakkan untuk menjalankan program ini dalam waktu pembelajaran di sekolah. Pentadbir sekolah boleh membuat pengubahsuaian dalam menyediakan jadual waktu yang sesuai untuk melaksanakan program ini bagi memastikan pelaksanaannya mencapai matlamat.

·  Pembentukan kelas dan pengajaran dimulakan sebaik sahaja dapatan Ujian PraProTiM diperolehi.

·      PascaujianProTiM akan dijalankan selepas murid mengikuti kelas ProTiM bagi mengenal pasti tahap baru penguasaan kemahiran asas mengira.

Tindakan Pihak Sekolah:

Lengkapkan Borang 1 dan Borang 2. Kedua-dua borang ini diserahkan kepada pihak PPD dalam bentuk softcopy.

Tindakan Pihak PPD

Mengumpul semua Borang 1. Pihak PPD diminta menggabungkan semua data setiap sekolah pada Borang 2 sebagai rumusan peringkat PPD berkenaan. Kedua-dua borang ini diserahkan kepada pihak JPN dalam bentuk softcopy.

Tindakan Pihak JPN

Mengumpul semua Borang 1 dan Borang 2. Pihak JPN juga diminta menggabungkan semua data setiap PPD pada Borang 2 sebagai rumusan peringkat negeri. Kedua-dua borang (termasuk Borang 2 yang telah dirumuskan) ini diserahkan kepada pihak BPK dalam bentuk softcopy.